• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edar Dadah: 2 Lelaki Nigeria Terlepas Tali Gantung

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua lelaki Nigeria terselamat daripada tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine, empat tahun lepas.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Arinze Alex Ugenyt, 29, dan Ifeanyi Kingsley Chukwuka, 28, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar 678.2 gram dadah jenis methamphetamine di hadapan sebuah hotel di Jalan Kebun Teh, di sini, kira-kira 7.15 pagi, 2 Dis 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Sequerah berkata mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh gagal dikaitkan dengan dadah yang ditemukan seperti didakwa.

Beliau berkata tiada kesan cap jari ditemukan pada dadah tersebut dan pihak pendakwaan juga gagal memanggil pemilik kereta di mana dadah tersebut ditemukan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman manakala Ugenyt diwakili peguam M. Vinodharan dan Chukwuka oleh peguam Afifuddin Ahmad Hafifi.

Seramai 15 saksi dikemukakan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 2014. – BERNAMA

Tags: kes dadahwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd