• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Direman 7 Hari Bantu Kes Penyelewengan JMB

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM1.5 juta daripada JMB berkenaan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki itu sehingga 7 Feb ini.

Kedua-dua suspek yang berusia 53 dan 37 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret, di sini dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan bergari, pada pukul 8.40 pagi tadi.

Bekas setiausaha dan akauntan berkenaan ditahan semalam di rumah masing-masing di Jalan Klang Lama dan di Sungai Petani, Kedah.

Menurut sumber SPRM yang dipetik Bernama semalam, kedua-dua suspek dipercayai melakukan penyelewengan itu sejak 2010.

Penyelewengan berkenaan terbongkar apabila gaji kakitangan syarikat JMB yang menyelenggara lebih 500 unit kondominium tersebut tertunggak sejak Jun 2016.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: Penyelewengan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd