• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Subahan Kamal Kini Presiden FAS

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Teka-teki siapa bakal menduduki kerusi panas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang kosong sejak kira-kira dua bulan lalu terjawab hari ini apabila Datuk Subahan Kamal dipilih menjawat jawatan berkenaan hari ini bagi penggal 2017-2021.

Perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa FAS yang berlangsung di sini hari ini selepas beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan selepas menerima sokongan penuh daripada 95 anggota gabungan persatuan itu.

Turut menang tanpa bertanding Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Subahan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan berkata beliau dan barisan kepimpinan baharu FAS akan memastikan pasukan Selangor kekal berdaya saing dalam Liga Super musim ini.

“Selangor kini di kedudukan keempat dalam carta liga, walaupun dibarisi muka baharu dan pemain muda, kita mampu bersaing,” katanya.

Subahan berkata pada tahun ini fokus utama beliau dan barisan kepimpinan adalah untuk memastikan kewangan dan pengurusan persatuan berada di landasan yang betul.

“Insya-Allah pada tahun hadapan kami mampu kembali menjadi kuasa besar bola sepak negara,” katanya.

Pemilihan barisan kepimpinan baharu FAS yang sepatutnya diadakan pada 2018 terpaksa diawalkan setahun selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertindak meletak jawatan sebagai presiden pada Disember lepas dengan memberi alasan tidak berpuas hati dengan sikap barisan Exco yang masih dengan sikap dan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi.

Kemelut berterusan antara FAS dan Kerajaan Negeri Selangor itu turut mendapat perhatian peminat dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Tengku Amir yang juga merupakan Penaung Diraja FAS turut menuntut agar kepimpinan persatuan itu dirombak.

Baginda turut mengemukakan tujuh langkah pembaharuan untuk memartabatkan kembali bola sepak Selangor.

Mengulas mengenai langkah itu, Subahan berkata pihaknya mengambil kira semua pandangan demi kebaikan FAS dan mahu peminat bersabar kerana sesuatu perubahan yang besar mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: FASselangorSubahan Kamal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd