• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persoal Kes Remaja Basikal, DAP Kecam Zulkifli

oleh AK-47
25/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – DAP Johor menyelar peguam, Zulkifli Noordin kerana mempersoalkan adakah seorang wanita Cina yang melanggar mati 8 remaja Melayu berbasikal pada 18 Februari diberi perlindungan istimewa oleh pihak berkuasa.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, persoalan itu kemudian dilaporkan di laman sesawang pertubuhan Melayu-Islam (ISMA) dengan tajuk “Kes rempuh basikal: Adakah pemandu wanita Cina diberi perlindungan istimewa?”

“Kuasa-kuasa jahat cuba menjadikan semua isu sebagai isu kaum dengan niat untuk menakut-nakutkan rakyat supaya lari berselindung di sebalik tembok kaum masing-masing,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chin Tong dalam pada itu membidas tindakan pihak berkuasa menyerbu kedai alat tulis di seluruh negara semata-mata mahu merampas berus bulu babi.

Beliau mendakwa ada yang tidak kena dengan tindakan tersebut kerana kononnya ia dilakukan pada waktu sama berlaku kenaikan harga petrol di negara ini.

“Mereka sengaja berbuat demikian agar kita tidak dapat bersama menumbangkan kerajaan,” dakwanya.

Chin Tong seterusnya melahirkan keyakinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP akan menang di Pasir Gudang, Pulai, Tebrau dan Johor Bahru dalam pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, UMNO akan turut tumbang di Labis, Segamat, Ledang, Muar, Sekijang, Tanjong Piai dan Pagoh bagi membolehkan Johor diperintah Pakatan Harapan. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: basikaljohor bahrukemalangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jasad Peniaga Wanita Maut Ditembak Dikremasi

Next Post

Kerjasama Pakatan, PPBM Cuma Untuk Rampas Kuasa!

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

25/05/2025
0

BATU PAHAT: "Ketika itu saya sedang berbual dengan Mak Su di telefon… tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum disusuli suara mengerang...

Next Post

Kerjasama Pakatan, PPBM Cuma Untuk Rampas Kuasa!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd