• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup Masuk Dadah RM100 Juta Gagal

oleh Ahmad Albab
25/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan sebuah sindiket dadah antarabangsa menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia termasuk 262kg methamphetamine kristal atau ‘ice’ bernilai RM100 juta.

Lima suspek termasuk dua lelaki rakyat Malaysia berusia 39 dan 44 tahun ditahan dalam operasi terancang di beberapa lokasi berasingan di Songkla dan Hatyai dari 19 hingga 22 Feb lepas.

Menurut Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (NSB) Thailand, dua rakyat Malaysia itu ditahan di sebuah rumah sewa di daerah kecil Kohong, Hatyai bersama 98kg ice pada 22 Feb lepas.

“Kami percaya mereka bekerja untuk seorang raja dadah dari Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Pihak berkuasa Thailand percaya dua lelaki berkenaan menggunakan Hatyai, sebuah bandar popular di sempadan Malaysia-Thailand, sebagai pusat transit untuk menerima bekalan dadah sebelum menyeludup masuk ke Malaysia dengan kereta.

NSB berkata rumah sewa di Hatyai itu digunakan sebagai ‘tempat selamat’ menyimpan dadah buat sementara sebelum cuba membawa masuk bekalan ke Malaysia.

“Kehadiran dua lelaki itu menimbulkan kecurigaan kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan di Haytai dan menyewa rumah untuk tempoh yang lama,” kata NSB yang turut merampas dua buah kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia, tujuh telefon bimbit, empat beg besar dan dua pasport Malaysia.

Beberapa jam selepas tangkapan itu, NSB menyerbu sebuah unit apartmen di Hatyai dan menahan seorang lelaki bukan warga Thailand dan merampas 48kg ice, telefon bimbit dan sekeping kad sim.

NSB berkata lelaki berusia 55 tahun itu memegang kad suku kaum etnik dan berasal dari Mae Sai, Chiangrai, di wilayah utara Thailand.

Menurutnya, tangkapan dua lelaki Malaysia itu adalah kemuncak hasil pengumpulan perisikan setelah dua operasi yang dilancarkan di daerah Bangklam di Songkla pada 19 dan 20 Feb lepas.

Dalam operasi pertama 19 Feb, anggota NSB yang menyamar menemukan 20kg ice semasa melakukan intipan di Lop Buri-Rames Road, daerah Bangklam.

NSB berkata pihaknya menerima maklumat risikan bahawa beberapa pengedar dadah Malaysia akan menyerahkan 100kg ice kepada seorang yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak berdekatan jalan tersebut.

Bagaimanapun, proses penyerahan tidak berlaku dan NSB menemukan 20kg dadah berkenaan di kawasan itu.

Dalam operasi kedua pada hari berikutnya, NSB menahan seorang lelaki warga Myanmar dan seorang rakyat Thailand di Kampung Suthatip, daerah Bangklam, dan merampas sejumlah dadah.

NSB berkata rampasan tersebut membabitkan 96kg ice, 100,000 pil ‘Yaba’, 2,600 pil ekstasi, 960gm serbuk ketamine, 266 botol cecair ketamine dan 1,140 pil Ermine 5.

Selain dadah, pihak berkuasa turut merampas beberapa buah kereta, telefon bimbit dan sebuah motosikal daripada dua suspek berkenaan. – BERNAMA

Tags: kes dadahThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd