• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei, Frost Profesional Dalam Tangani Konflik

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Al Amin Abdul Majid percaya Datuk Lee Chong Wei dan Morten Frost Hansen bersikap profesional dalam menangani perselisihan mereka.

Sehubungan itu, Al Amin sekali lagi menegaskan konflik yang tercetus antara ikon badminton negara dan Pengarah Kejurulatih BAM itu, sudah selesai selepas kedua-duanya setuju memberi fokus kepada persediaan menghadapi kejohanan penting tahun ini.

“Saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci apa yang diperkatakan Chong Wei ataupun Frost (mengenai konflik mereka) kepada saya. Mereka sangat profesional dalam menangani masalah ini,” katanya.

Konflik antara Chong Wei dan Frost bermula selepas pemain itu mengalami kecederaan medial collateral ligament (MCL) dan menyalahkan BAM kerana tidak menghiraukan aduannya mengenai permukaan gelanggang baharu yang licin di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Namun apa yang membuatkan Chong Wei lebih marah adalah apabila Frost dikatakan membuat kenyataan yang seakan memintanya bersara kepada jurulatih perseorangan, Hendrawan sehingga mahu bertindak keluar daripada BAM.

Kecederaan itu turut menjejaskan peluang Chong Wei untuk beraksi di Kejohanan Seluruh England yang bermula dari 7-12 Mac depan.

“Saya tidak memandang ringan perkara ini (konflik mereka), saya sendiri telah bersemuka dengan mereka yang terlibat termasuk Pengurus Besar (Lawrence Chew) dan Setiausaha Kehormat BAM (Datuk Ng Chin Chai) bagi membincangkan permasalahan ini.

“Ketika ini biarlah Chong Wei pulih daripada kecederaanya…saya percaya beliau juga mempunyai matlamat yang lebih penting dalam kariernya selaku pemain terbaik dunia,” kata Al Amin.

Beliau berkata misi utama Chong Wei tahun ini adalah di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos, selain membantu skuad negara pada kempen Piala Sudirman di Gold Coast, Australia pada Mei ini. – BERNAMA

Tags: Lee Chong WeiMorten Frost Hansen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd