• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cedera Rakan Guna Hulu Pisau, Pekerja Kilang Dijel, Didenda

oleh AK-47
03/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Akibat mencederakan rakannya menggunakan bahagian belakang sebilah pisau, seorang pekerja kilang dihukum penjara sehari dan didenda RM2,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Karthik, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap seorang lelaki, R. Kivan, 27, menggunakan bahagian belakang pisau.

Dia melakukan perbuatan itu di Apartment Lestari, Damansara Damai, di sini, pada 12.30 tengah malam, 30 Jun tahun lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira keseriusan jenayah selain mangsa turut mengalami kecederaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd. Yusri Mohd. Yusoff memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung ibu yang sudah lanjut usia serta abangnya yang merupakan orang kelainan upaya.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh telah bertindak di luar kawalan dengan mengacukan bahagian belakang pisau sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mangsa selepas berlaku salah faham antara mereka. – BERNAMA

Tags: dipenjaraPekerja Kilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd