• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Campak Mayat Kekasih Dalam Tangki Kumbahan

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang lelaki didapati bersalah membunuh kekasihnya yang juga penulis novel remaja di Britain sebelum mencampak mayat mangsa di dalam tangki kumbahan di rumahnya semata-mata mahu mendapat harta mangsa bernilai 3.3 juta pound (RM18 juta).

Panel juri semalam mendapati Ian Stewart bersalah membunuh kekasihnya, Helen Bailey, 51, selain tuduhan mengganggu siasatan dan menghalang pengebumian mangsa secara sah.

Mayat Helen ditemui di dalam tangki kumbahan di rumahnya pada Julai tahun lalu, tiga bulan selepas dilaporkan hilang. Ketika kehilangannya, Helen dilaporkan mempunyai aset bernilai £3,326,316 (RM18 juta).

Menurut pendakwa, Stewart memberi dadah kepada Helen dan kemungkinan besar melemaskannya pada 11 April tahun lalu dalam usaha mendapat harta wanita itu. Hukumannya akan diputuskan hari ini.

Dia kemudian menemui peguam cara Helen yang mengendalikan penjualan hartanahnya bernilai £185,000 (RM1 juta) dan cuba mengarahkan penjualan diteruskan tanpa kehadiran mangsa atas alasan wanita itu demam.

Helen terkenal menerusi novel remaja Electra Brown dan Daisy Davenport, selain menulis blog bertajuk Planet Grief (planet kesedihan) susulan suaminya mati lemas ketika percutian di Caribbean pada 2011 selepas 22 tahun berkahwin.

Menurut keterangan di mahkamah, Stewart menyasarkan Helen hanya beberapa bulan selepas suaminya meninggal dunia dan akhirnya berpindah ke rumah mangsa sehingga wanita itu menamakannya sebagai waris hartanya.

Sehubungan itu, Stewart sepatutnya mewarisi dua kediaman, sejumlah wang yang banyak, selain pampasan insurans hayat serta pencen Helen.

Stewart menjelaskan kehilangan Helen kepada keluarganya dengan mendakwa wanita itu pergi bercuti ke Kent kerana memerlukan ruang. Dia mengulangi dakwaan itu ketika membuat laporan polis tiga hari kemudian mengenai kehilangan wanita berkenaan. – AP/myMetro Online

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd