• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam Di Batu Payung Libatkan 15 Warga Indonesia

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis mengesahkan tragedi bot karam di Perairan Batu Payung petang Rabu, melibatkan 15 mangsa warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata 15 mangsa itu termasuk lima kanak-kanak, terdiri daripada 12 lelaki dan tiga perempuan.

“Tiga belas mangsa masih hilang manakala dua lagi selamat selepas berenang kira-kira 25 jam dari lokasi kejadian ke pantai Batu Payung,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata dua yang terselamat itu dikenali sebagai Budiman Muslimin, 26, berasal dari Sulawesi Barat serta isterinya Hasmida Masaniaga, 24, dari Sulawesi Selatan.

Dalam pada itu, Fadil berkata insiden itu berlaku kira-kira lima hingga 10 minit selepas bot laju yang bertolak dari Batu Payung, Tawau pada 5.30 petang itu menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia sebelum dipukul ombak besar.

Sementara itu, beliau berkata pejabat Konsul Republik Indonesia di Tawau telah dimaklumkan berhubung tragedi tersebut pada 7.30 malam Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat 13 mangsa bot karam itu dihentikan pada 12 tengah malam, dan akan disambung pada Khamis melibatkan kawasan pencarian tujuh batu nautika Selatan Tinagat. – BERNAMA

Tags: bot karamwarga indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

30/10/2024
0

BATU PAHAT : Warga Indonesia yang mematahkan pengilap cermin kenderaan milik orang awam sebelum videonya tular minggu lalu, dihadapkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd