Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kaitkan Minyak Sawit Dengan...

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengaitkan minyak sawit dengan penebangan hutan adalah tidak berasas...

14 Syarikat Dibatal Lesen...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 syarikat pelancongan dan pengendali umrah serta ziarah dibatalkan...

Covid-19: 3,213 Kes Baru,...

Sebanyak 3,213 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKementerian Kesihatan (KKM)...

Karl Shafek Dan Ajak...

AGAK terkejut kami mendengar berita kemalangan yang menimpa pelakon dan pengacara Karl Shafek,...

Bomba Wujudkan Skuad Bomba Di Sekolah Tahfiz

TAPING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak akan menubuhkan skuad bomba di sekolah tahfiz di tiga daerah tahun ini dalam usaha menangani kebakaran awal di sekolah.

Ketua Zon 2 Bomba dan Penyelamat Perak Mohamad Yusoff Abdul Rahman berkata skuad itu dianggotai pelajar dan guru di sekolah tahfiz di daerah Larut Matang dan Selama, Kerian dan Hulu Perak.

“Kami masih menunggu maklum balas daripada pihak sekolah terbabit. Dalam pada itu, kami juga sedang mengenal pasti 12 lagi sekolah tahfiz untuk sertai skuad ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Bomba Zon 2 di Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting di sini hari ini.

Menurut Mohamad Yusoff, penubuhan skuad ini bagi membolehkan guru dan pelajar memperoleh ilmu memadam kebakaran sekali gus membantu bomba mengawal kebakaran awal di sekolah.

Sementara itu, ketika berucap, Mohamad Yusoff berkata bomba akan memperkukuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan pasukan bomba bantuan (PBB) bagi menambah baik respons panggilan.


“Kami mempunyai 77 anggota PBB yang bertugas di enam balai bomba dan penyelamat Zon 2. Bomba Zon 2 mempunyai 10 buah balai bomba di tiga daerah iaitu daerah Larut Matang dan Selama, Kerian dan Hulu Perak,” katanya. – BERNAMA

Kategori