• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Mohon Baucar Buku 1Malaysia Mulai Hari Ini

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata BB1M akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang diselaraskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui agensinya, Bank Rakyat.

“Kajian yang dilakukan mendapati Bank Rakyat menawarkan sistem yang terbaik dan sebab itulah ia dipilih untuk membekalkan kad tersebut kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Keeping In Touch’ Menteri Pendidikan Tinggi bersama pemimpin pelajar universiti awam, IPT swasta, politeknik dan kolej komuniti serta simbolik penyerahan KADS1M kepada wakil pemimpin pelajar universiti di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh.

Idris berkata kerajaan memperuntukan RM300 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 bagi menjayakan program BB1M itu.

Menurutnya melalui penggunaan kad debit itu, pelajar tidak lagi terhad untuk membeli buku sahaja sebaliknya mereka boleh menggunakannya untuk membeli perisian komputer dan peralatan pembelajaran.

BB1M yang diperkenalkan sejak 2012 bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar di IPT awam dan swasta. Terdahulu, Idris meluangkan masa lebih sejam dalam sesi dialog bersama kira-kira 1,600 pelajar pada majlis itu untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai sistem pendidikan tinggi negara. – BERNAMA

Tags: Baucar BukuBB1MDatuk Seri Idris Jusohpelajar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

THT Bertekad Bangkit Menjulang Piala TNB

Next Post

Zahid Akan Sampaikan Ucaptama Pada Forum IBRAF

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

Next Post

Zahid Akan Sampaikan Ucaptama Pada Forum IBRAF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd