Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Amal Dasar Inklusif Dalam...

KUDAT - UMNO mesti terus mengamalkan dasar inklusif sama ada sesama rakan politiknya...

Pemandu Mabuk: Keluarga Mangsa...

KEPALA BATAS - Keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 13 Lingkaran Luar Butterworth (BORR),...

Penjawat Awam Ingkar PKP...

KUALA LUMPUR - Penjawat awam dan pesara kerajaan yang dikenakan tindakan undang-undang kerana...

Jenazah Elyas Omar Selamat...

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar...

Dipenjara 3 Tahun Miliki Cecair Vape Ada Dadah

SHAH ALAM – Seorang bekas anggota tentera hari ini bernasib baik apabila terlepas daripada hukuman mati, sebaliknya hanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memiliki cecair vape mengandungi dadah jenis delta-9-tetrahydrocannabinol, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Wong Teck Meng menjatuhkan hukuman itu selepas Zaki Mohd Ali, 36, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Wong berkata kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius dan mahkamah perlu mengekalkan prinsip kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman.

“Dalam kes ini, terdapat 11 botol vape mengandungi cecair dadah dan sama ada ia untuk kegunaan sendiri atau untuk diberikan kepada orang lain ia tetap membahayakan orang awam,” katanya.

Zaki didakwa memiliki 155 mililiter delta-9-tetrahydrocannabinol di sebuah unit kondominium di Ampang pada kira-kira 9.30 malam, 7 Dis 2015.

Dia dihukum mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.


Terdahulu, dalam memohon hukuman ringan, peguam Zaki, Mohd Hazrin Alif Wahab berkata anak guamnya merupakan pesalah pertama dan tidak pernah dikenakan tindakan disiplin sepanjang berkhidmat dengan TUDM.

“Anak guam saya dijadualkan tamatkan perkhidmatan dengan TUDM pada Jun 2016 tetapi disebabkan kes ini, dia tidak mampu berbuat demikian dan disebabkan kes ini juga semua wang gratuiti hangus,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari yang mewakili pendakwaan, pula berkata kes itu merupakan yang pertama di Malaysia melibatkan cecair vape mengandungi dadah dan hukuman berat wajar dikenakan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai keseriusan kesalahan tertuduh.

Katanya, pendakwaan hanya bersetuju menawarkan tuduhan pilihan selepas pihak pembelaan mengemukakan representasi. – BERNAMA

Kategori