• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Anggota Parlimen Tambun Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bekas anggota Parlimen Tambun Datuk Yahaya Shafie, 83, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Jalan Raja Dihilir di sini, hari ini.

Anak Allahyarham, Al Yashri, 28, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga pada kira-kira 1.27 tengah hari tadi.

“Bapa dimasukkan ke hospital dua minggu lepas untuk rawatan kerana terjatuh di dalam rumah.

“Selepas jatuh arwah jadi makin teruk dan doktor maklumkan dia mengalami jangkitan paru-paru,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Al Yashri yang juga Anggota Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Perak berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Bendahara di sini selepas solat Asar.

Bekas pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman itu meninggalkan tiga isteri serta 11 orang anak.

Allahyarham menyandang jawatan anggota Parlimen Tambun dari 1986 hingga 1990 selain pernah menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur dari 1981 hingga 2000 serta pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) pada 80-an. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd