Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Raptai Sambutan Kemerdekaan Ganggu...

MENERUSI Facebook Oh!Media, satu aduan berserta gambar berkaitan dengan raptai sambutan kemerdekaan peringkat...

Asyik Bertikam! Tok Mat...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mencadangkan lambang keris pada logo parti...

Muhyiddin Akan Mohon Daftar...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat permohonan untuk mendaftarkan sebuah...

KPDNHEP Jamin Bekalan Petrol,...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan...

Bedah Siasat Kim Jong-nam Selesai

KUALA LUMPUR: Autopsi mayat Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Selatan, Kim Jong-un, sudah pun selesai hari ini (Khamis).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali yang meninggalkan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 7.50 malam semalam mengesahkan bahawa bedah siasat telah selesai.

Namun, beliau enggan mendedahkan pihak yang menuntut mayat lelaki itu.

Pada pukul 8 malam semalam, empat buah kereta daripada kedutaan Korea Utara, berada di perkarangan hospital sejak awal pagi, dilihat mula meninggalkan kawasan bilik mayat.

Semasa mereka beredar, mereka diekori kumpulan media tempatan dan antarabangsa yang masing-masing mahu mendapatkan shot terbaik penumpang kenderaan berkenaan.


Kawasan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) dihadkan akses kepada kumpulan media yang menunggu di luar. Sumber gambar: Reuters

Dua daripada empat kenderaan itu mempunyai plat pendaftaran diplomatik dan diparkir di dalam kawasan bilik mayat manalaka dua lagi berada di luar hospital sejak pukul 11 pagi semalam.

Puluhan pemberita dan jurugambar berkumpul di luar kawasan bilik mayat sejak awal pagi namun kawasan itu dihadkan akses daripada media. – MYNEWSHUB.CC/SK

 

Kategori