Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Stres Kerja, Doktor Boleh...

KUALA LUMPUR — Talian bantuan untuk membantu doktor perubatan menangani tekanan kerja dan...

Syarikat Orang Tengah LCS...

KUALA LUMPUR : Sebuah syarikat yang bertindak sebagai orang tengah dalam urusan projek...

Parlimen: AES Akan Diperluas...

KUALA LUMPUR - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diperluas ke seluruh negara bagi...

Giliran Yee Khie Hadiahkan...

KUALA LUMPUR - Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie membawa khabar gembira apabila...

Bas Terbakar: Trafik Sesak 10km Di Lebuhraya PLUS

KUALA LUMPUR – Aliran trafik setakat 8.15 malam ini sesak sejauh 10 kilometer di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara bermula di km 447.5 akibat kebakaran sebuah bas ekspres.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kebakaran bas itu berlaku berhampiran tol Hospital Sungai Buloh menghala ke Rawang Selatan pada kira-kira pukul 6.50 petang tadi.

“Bas yang terbakar berada di lorong kecemasan ketika ini namun terdapat penutupan lorong kiri menyebabkan kesesakan jalan semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kesemua 28 penumpang bas itu dilaporkan sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.


“Kami segera mengerahkan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang serta Sungai Buloh ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.54 petang,” katanya. – BERNAMA

Kategori