Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Menteri Kabinet BN Dah...

PUTRAJAYA - Semua menteri kabinet daripada Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan harta masing-masing...

Wanita Dijumpai Dirantai Di...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 28 tahun dijumpai dalam keadaan dirantai di...

Pengarah Bernama TV Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengarah Bernama TV (BTV) perlu dihukum kerana tidak membayar gaji...

Ku Li Kekal Terajui...

GUA MUSANG : Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terus diberi...

Bapa Timbalan Menteri Pendidikan II Meninggal Dunia

NILAI – Bapa Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon meninggal dunia di kediamannya di sini hari ini kerana sakit tua.

Chong berkata upacara pengkebumian mendiang bapanya, Chong Fatt Yuen, 86, akan dilakukan di Nilai Memorial Park pada Ahad ini.

“Bapa saya sudah terlantar di katil sejak sebulan lalu dan tidak mampu makan serta minum sendiri. Dia juga sudah tidak kenal kami dan tidak boleh bercakap.

“Sejak tiga hari lepas dia semakin nazak, tidak boleh bernafas serta langsung tidak boleh makan. Kami sekeluarga memang sudah bersedia yang mendiang akan pergi pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui Bernama di kediaman mendiang di Jalan Besar Nilai, di sini.

Katanya mendiang bapanya disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi tadi.

Berkongsi cerita tentang ayahnya, Chong berkata mendiang seorang yang tegas kerana perlu membesarkan tujuh anak selain amat mementingkan pendidikan.


“Ayah bekerja keras untuk memastikan keperluan asas kami dipenuhi dan walaupun beliau bersekolah hanya setakat darjah enam, beliau pastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

“Selain itu beliau juga seorang yang merendah diri. Walaupun anaknya berjawatan tinggi, beliau tetap meneruskan kerja lamanya iaitu mengutip barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kotak,” katanya.

Chong juga berkata sejak bapanya jatuh sakit, beliau dan adik-beradik serta ibu mereka, Liew Moi, 78, berkumpul di rumah pusaka itu bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kebiasaanya kami akan berkumpul di restoran untuk makan besar, tetapi sejak tiga tahun lalu kami berkumpul di sini, di rumah kami membesar, kerana ayah sudah tidak boleh bangun dan kami mahu meraikan Tahun Baharu bersamanya,” kata Chong. – BERNAMA

Kategori