• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Minyak Motosikal Bukan Tajaan Kementerian

oleh Ahmad Albab
25/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dana program minyak percuma untuk penunggang motosikal di dalam kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan ditanggung sepenuhnya badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan dana kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program tersebut adalah inisiatif NGO dalam mengurangkan beban hidup rakyat dan tidak berkaitan dengan kementeriannya.

“Program itu bukan ditaja oleh kementerian, tidak ada kena mengena dengan duit kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Wilayah International Motofest 2017 di sini hari ini.

Bernama semalam melaporkan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motosikal di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April ini.

Perkara itu menerima reaksi negatif dan dikatakan bercanggah dengan cadangan Tengku Adnan sebelum ini yang dilapor mencadangkan pengharaman motosikal berkuasa rendah atau kapcai daripada pusat bandar Kuala Lumpur.

Tengku Adnan berkata kementeriannya bagaimanapun sentiasa merangka pelbagai inisiatif lain dalam mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat.

“Seperti tahun ini kita lancarkan program bantuan bas sekolah buat anak-anak PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan kita juga sedang kaji untuk beri bantuan bas perantara dari PPR ke Stesen LRT (Sistem Transit Aliran Ringan),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorMinyak Petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

Berang Tak Dapat Beli Bunga Api, Lelaki Baling Minyak Petrol

31/01/2024
0

KLANG - Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling...

Shell Jamin Tiada Gangguan Bekalan Minyak

08/01/2020
0

SHAH ALAM - Shell Malaysia memberi jaminan tidak akan ada gangguan bekalan minyak dalam pasaran tempatan berikutan serangan roket di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd