• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Banteras Judi: Aktivis PPIM Ditahan

oleh AK-47
09/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi ditahan polis tengah hari tadi susulan komennya dalam video banteras pusat perjudian yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Penahanan hero isu kota raya itu disahkan menerusi akaun Facebook PPIM hari ini selepas dia dikatakan memberi komen berbentuk ancaman kepada beberapa pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hasutan terhadap undang-undang negara.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mengesahkan penahanan Yusuf oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, Yusuf ditahan kerana menghasut dan mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan undang-udang.

“Pada awalnya, anggota polis datang untuk mengambil keterangan berhubung video berkenaan tetapi mereka membawa Yusuf ke balai untuk siasatan lanjut.

“Kami masih menunggu siasatan,” katanya yang kesal dengan penahanan tersebut.

Jelasnya, PPIM menerusi Facebook sedang mengumpul pendapat orang ramai terhadap penahanan Yusuf yang sering berusaha untuk menghapuskan aktiviti perjudian mesin di negara ini.

“Adakah komen beliau memberi ancaman kepada mana-mana pihak mahupun negara sehingga perlu ditahan?” tulis kapsyen tersebut.

 Video Banteras Judi: Aktivis PPIM Ditahan

Menerusi video yang diterbitkan PPIM dan disiarkan Selasa lalu, Yusuf mengesa pihak berwajib melakukan sesuatu bagi menghapuskan aktiviti mesin judi haram di negara ini.

Dalam temubual itu, Yusuf turut mendakwa agensi yang terlibat dalam menghapuskan pusat perjudian haram ini kurang efektif namun dia tidak menyalahkan satu pihak sahaja.

“Saya tidak menyalahkan pihak berkuasa tempatan kerana dia hanya mengeluarkan lesen dan mereka juga tidak mempunyai kekuatan yang kuat.

“Mungkin 10 anggota jujur dan sebab satu anggota habis rosak, segala strategi telah dilakukan sekian lama, boleh bocor dalam sekelip mata,” katanyaa.

Yusuf turut mempersoalkan kewujudan pusat perjudian mesin di kawasan balai polis dan percaya ada dalang disebaliknya.

“Cuba bayangkan satu balai cukup besar ada beratus anggota dan sebab dua anggota buat masalah, habis nama baik polis.

“Kita tidak mahu nama polis semakin buruk sedangkan mereka sudah menjaga keselamatan negara dengan baik. Polis perlu membuat sesuatu,” katanya yang turut mengaitkan nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Yusuf turut mengaitkan aktiviti perjudian ini dengan penglibatan gangster yang diupah untuk menjaga kawasan.

Video Banteras Judi: Aktivis PPIM Ditahan
Ini adalah kenyataan PPIM selepas penahanan Yusuf tengah hari tadi.

Di dalam hal ini, Yusuf  tidak menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen kepada premis-premis ini kerana pada asalnya pemohonan lesen adalah bagi menjalankan perniagaan lain seperti Pusat Hiburan, Kafe Siber dan sebagainya.

Isu Mesin Judi haram ini bertambah panas apabila  Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Sri Jamal Md Yunos yang juga Ketua Gerakkan Merah ditahan baru-baru ini kerana disyaki melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Bersalahkan Jamal?

Bukankah tindakan beliau itu menggambarkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap isu mesin judi yang semakin berleluasa? Bukankah Judi itu haram di sisi Agama! Antara Aktiviti Judi Haram, undang-undang dan penangkapan Jamal. Siapa yang berkuasa? Siapa yang bersalah? – MYNEWSHUB.CC

Tags: ditahanpolisPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd