• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunkan Malaysia Berlandaskan Prinsip Islam

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, berkata Malaysia perlulah dibangunkan berlandas prinsip-prinsip Islam dan menjaga Wasatiyyahnya dalam berdakwah.

Selain itu, cara Islam yang penuh dengan pendamaian dan kasih sayang perlu diamalkan dalam kehidupan harian rakyat pelbagai kaum dan agama negara ini, titah baginda semasa menyampaikan amanat kepada bekas penuntut Malaysia yang belajar di universiti-universiti di Arab Saudi.

Baginda menyampaikan amanat itu dalam bahasa Arab semasa mengadakan pertemuan selama sejam dengan 50 penuntut Arab Saudi yang melanjutkan pengajian di Malaysia dan lapan bekas penuntut Malaysia itu anjuran kerajaan Arab Saudi di sebuah hotel di sini, hari ini.

Presiden Ikatan Alumni Arab Saudi (IAS) Jaafar Salleh berkata Penjaga Dua Kota Suci itu juga berpesan supaya bekas penuntut Malaysia dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari mereka semasa menuntut di Arab Saudi demi memajukan ummah dan masyarakat Islam negara ini.

“Dalam dunia yang penuh cabaran kini, kami selaku Alumni akan berusaha mengotakan amanat itu melalui usaha dakwah demi kelangsungan syiar Islam,” kata Jaafar.

“Kami juga berterima kasih dan menghargai jasa Kerajaan Arab Saudi yang sudi membiayai pengajian kami termasuk memberi biasiswa, perbelanjaan harian, makanan, tempat tinggal dan tiket penerbangan pergi balik,” kata Jaafar.

Beliau berkata Raja Salman juga berpesan kepada para penuntut Arab Saudi supaya menimba ilmu dengan sebaik-baiknya untuk dimanfaatkan bagi kemajuan negara mereka.

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kota Bharu, Kelantan Datuk Dr. Abdul Basit pula berkata beliau akan melaksanakan amanat Raja Salman dengan mengamalkan cara Islam yang penuh pendamaian dan kasih sayang dalam kehidupan hariannya.

Sebagai bekas penuntut Universiti Islam Madinah, beliau bersyukur mendapat penajaan kerajaan Arab Saudi sepanjang pengajiannya dari 1988 sehingga memperoleh Doktor Falsafah dalam jurusan Syariah pada 2006.

“Dalam pertemuan hari ini, Raja Salman menasihati kami supaya menjaga wasatiyyah di dalam dakwah terutama di negara yang berbilang-bilang kaum dan agama,” katanya.

Raja Salman kini dalam rangka lawatan negara empat hari ke Malaysia sejak Ahad atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Tags: MalaysiaRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel 98 Negara Lain Lebih Murah Berbanding Malaysia – Eric See-To

Harga Diesel 98 Negara Lain Lebih Murah Berbanding Malaysia – Eric See-To

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To mendakwa kedudukan harga diesel Malaysia kini...

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd