• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Buru Jersi Pelangi Di Hong Kong

oleh
12/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio, Mohd Azizulhasni Awang kini memburu jersi pelangi pada Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong bermula 12-16 April nanti.

Azizulhasni yang segar daripada kejayaan meraih pingat emas acara pecut individu elit lelaki Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India, Jumaat lalu, mahu meneruskan kecemerlangan tersebut dengan muncul juara di Hong Kong.

“Setakat ini prestasi saya baik dan InsyaAllah, jika ada rezeki, boleh menang jersi pelangi tahun ini. Sejak 2007 saya cuba memenangi jersi itu, mungkin dengan doa semua rakyat Malaysia, tahun ini boleh menang.

“Sejak Sukan Olimpik lepas, prestasi saya memang dah macam meningkat tetapi masih ada banyak lagi yang boleh dibaiki dan ditambah,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada, adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya.

Azizulhasni sebelum ini pernah meraih pingat perak Kejohanan Dunia pada 2009 menerusi acara pecut dan 2010 bagi acara keirin, manakala pada edisi 2015 dan 2016, beliau terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa acara keirin.

Di ACC New Delhi, pelumba berusia 28 tahun itu meraih emas selepas menewaskan Tomoyuki Kawabata dari Jepun di final yang diadakan di Velodrom Indira Gandhi, sekali gus menebus kekecewaan menduduki tempat kesembilan dalam acara keirin elit lelaki, Selasa lepas.

“Sasaran awal saya ialah pulang dengan sekurang-kurangnya satu pingat emas, tetapi agak kecewa kerana terlepas acara pilihan saya keirin.

“Ia bukan kerana saya tidak boleh ke final atau menang, tetapi sedikit kesalahan teknikal ketika perlumbaan dan kita belajar daripada kesilapan tersebut,” katanya.

Skuad negara turut meraih dua gangsa menerusi Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut individu elit lelaki dan Muhammad Nur Aiman Rosli dalam acara omnium remaja untuk menduduki tempat ketujuh kejohanan yang dilangsungkan dari 6-10 Feb.

Sementara itu, ketua jurulatih trek negara, John Beasley yang gembira dengan pencapaian tersebut, berkata Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus sedang menunjukkan peningkatan yang baik dalam prestasi masing-masing.

“Saya sentiasa mahukan lebih banyak pingat tetapi saya tetap gembira dengan pencapaian ini. Muhammad Shah semakin baik dan sudah bersedia dengan cabaran lebih besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awanglumba basikal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Terbabit Jenayah Di Kota Setar Meningkat

Next Post

Nak Kurus Cepat, Jom Tiru Diet Aktres Korea Ni!

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Nak Kurus Cepat, Jom Tiru Diet Aktres Korea Ni!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd