Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Menteri New Zealand Berbasikal...

MENTERI hal ehwal wanita New Zealand, Julie Genter mencatat sejarah apabila berbasikal sendiri...

Bapa Bina Robot ‘Bumblebee’...

BEIJING - Seorang bapa di China mungkin layak digelar 'bapa terbaik' selepas membina...

Wanita Ditemui Mati Dengan...

SHAH ALAM - Seorang wanita ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya...

Ramal Banjir Tujuh Hari...

KUALA LUMPUR : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Angkasa Malaysia...

Azizul Dilantik Duta Daikin Malaysia

PETALING JAYA – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang hari ini dilantik sebagai duta Daikin Malaysia, jenama penyaman udara dari Jepun.

Pengurus Besar Daikin Malaysia Sdn Bhd, Lawrence Song berkata Azizul, yang lebih dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’, merupakan seorang atlet yang komited dengan kerjayanya dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Tanpa mendedahkan jumlah sebenar penajaan itu, Song berkata Daikin Malaysia dan Azizul akan berkolaborasi bersama sepanjang tahun 2017.

“Kami memilih Azizul sebagai duta berdasarkan personaliti beliau yang cemerlang, sama dengan visi syarikat kami yang komited dalam menyediakan produk berkualiti tinggi.

“Kami berharap agar dengan tajaan ini, Azizul dapat mengekalkan prestasinya sebagai atlet bertaraf dunia dan beraksi dengan lebih cemerlang seterusnya mengharumkan nama Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Azizul menandatangani perjanjian persefahaman selama setahun, di sini hari ini.

Sementara itu, Azizul yang memenangi pingat emas acara pecut di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2017 di India, Jumaat lepas, berharap penajaan itu dapat memberikan beliau semangat yang lebih untuk terus bekerja keras.


“Saya dan Daikin Malaysia mempunyai persamaan iaitu ingin menjadi yang terbaik di dunia, jadi dengan penajaan ini saya berharap pada masa akan datang lebih banyak kejayaan dapat dicapai,” katanya.

Azizul pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016, akan berlepas ke Melbourne, Australia, Sabtu ini bagi meneruskan sesi latihannya di sana sebelum bertanding di Kejohanan Dunia di Hong Kong, bermula 12-16 April ini. – BERNAMA

Kategori