• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apandi Ketuai Rayuan Keputusan Kes Hasutan

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai pasukan kerajaan dalam rayuan terhadap keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan bahawa Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 tidak mengikut perlembagaan.

Mohamed Apandi, yang hadir di mahkamah hari ini untuk mengetuai pasukan dianggotai para peguam persekutuan bagi mewakili kerajaan dalam perkara itu, mengaku beliau memang jarang hadir di mahkamah.

“Semasa rayuan utama nanti, saya sendiri yang akan mengendalikannya kerana bagi saya, ia merupakan kes kepentingan awam.

“Ia sesuatu yang penting, iaitu kepentingan awam serta melibatkan undang-undang jenayah dan undang-undang sivil, yang saya mahu ia akhirnya diputuskan oleh mahkamah tertinggi.

“Selalunya, saya tidak hadir, tapi kes ini sangat penting,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

Hari ini adalah kali kedua Mohamed Apandi menghadirkan diri di mahkamah sejak menyandang jawatan sebagai Peguam Negara kesembilan mulai 28 Julai 2015.

Kali pertama ialah pada 30 Jun tahun lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang apabila beliau mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pada prosiding hari ini, Mohamed Apandi, ketika sesi memperkenalkan pihak dalam kes itu, menggunakan istilah sapaan “sahabat and abang saya” terhadap peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, peguam utama yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei.

Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, bersara pada Februari 2010, manakala Mohamed Apandi juga pernah menyandang jawatan sama sebelum dilantik sebagai Peguam Negara.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin hari ini memberi kebenaran kepada kerajaan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 tidak mengikut perlembagaan.

Berikutan kebenaran yang diberi itu, kerajaan boleh memfailkan notis rayuan dalam tempoh 14 hari dan rekod rayuan dalam tempoh lapan minggu, sebelum mahkamah dapat menetapkan tarikh rayuan.

Pada 25 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Mat Shuhaimi dan mengisytiharkan bahawa peruntukan yang terkandung dalam Akta Hasutan adalah tidak sah. – BERNAMA

Tags: hasutanTan Sri Mohamed Apandi Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Bunuh Budak 10 Tahun Gara-Gara Diejek

Next Post

2 Wanita Dipenjara Sehari, Denda RM1,500

Related Posts

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Pemilik FB ‘Mac Chan’ Sokong China Memerintah Malaysia

04/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa pihak berkuasa menyiasat satu akaun Facebook (FB) dipercayai milik warga...

Next Post

2 Wanita Dipenjara Sehari, Denda RM1,500

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd