• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Ada Hak Tanding Presiden FAM – Khairy

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa ada hak bertanding kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) walaupun sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga antara calon untuk jawatan itu, berkata dirinya tidak mempunyai hak memberitahu Annuar bahawa beliau tidak boleh bertanding.

“Saya tidak ada hak menyatakan beliau tidak boleh bertanding. Saya harap siasatan SPRM akan selesai sebelum Kongres FAM pada Mac,” katanya dalam sidang media selepas dialog terbuka dengan pelajar mengenai Transformasi Nasional (TN50).

Kongres FAM akan diadakan pada 25 Mac nanti dan senarai akhir calon akan dibentangkan kepada Exco FAM pada 20 Feb bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan untuk penggal 2017-2021.

Setakat ini, terdapat empat nama yang dicalonkan untuk kerusi presiden termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Annuar, ketika ini digantung daripada jawatannya sebagai Pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd (PMB), selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Mara Selasa lepas.

Keputusan itu diambil bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

Susulan itu, SPRM pada hari sama mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar.

Khairy juga berkata beliau akan menemui mereka yang mencalonkannya untuk merebut kerusi Presiden FAM dalam masa terdekat.

“Saya akan menemui mereka dan bertanya alasan dalam mencalonkan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kementeriannya akan terus memantau tapak pembinaan Bandaraya Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil di sini sehingga Sukan SEA Ogos ini selepas dua atlet dan seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dijangkiti demam denggi.

“Kami akan memastikan kejadian sama tidak berulang. Yakinlah, keadaan adalah terkawal,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa itu telah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan ketika ini keadaan mereka masih dipantau. – BERNAMA

Tags: FAMKhairy JamaluddinTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd