• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajinomoto Co Inc, Penaja Platinum Sukan SEA 2017

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Syarikat Ajinomoto Co Inc menjadi penaja luar Asia Tenggara pertama menyumbangkan tajaan terbesar bagi Sukan SEA Kuala Lumpur yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan.

Tanpa mengumumkan nilai tajaan tersebut, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jumlah penajaan wang tunai setakat ini, mencecah RM18.05 juta bagi temasya sukan dwitahunan itu.

“Memang budaya (Jepun), mereka tidak mengumumkan nilai tajaan. Sasaran tajaan wang tunai sebelum ini adalah RM30 juta.

“Dari segi produk dan perkhidmatan pula, kami menerima RM43.9 juta daripada sasaran RM50 juta. Saya rasa mungkin dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi, kita akan mencapai sasaran,” katanya pada sidang media di Menara KBS di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian Ajinomoto Co Inc yang diwakili Naib Presiden Korporat (Pengurus Besar Bahagian Asean) Kaoru Kuashima dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017 (MASOC) Datuk Seri Zolkples Embong.

Khairy berkata dengan penajaan tersebut, ia menunjukkan Sukan SEA Kuala Lumpur mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai platform penajaan dan pemasaran kepada syarikat-syarikat antarabangsa.

“Kalau kita dapat penajaan daripada syarikat tempatan, ia perkara biasa, tetapi untuk mendapatkan penajaan bagi kategori platinum daripada syarikat Ajinomoto Co Inc adalah kejayaan kepada MASOC,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, ialah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Ajinomoto (Malaysia) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAM Perlu Perubahan Positif Menerusi Pimpinan Baharu

Next Post

Polis Sahkan Warga Korea Utara Meninggal Di KLIA

Related Posts

Laporan Audit: Sukan SEA 2017 Lemah Pengurusan Perolehan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang, namun terdapat beberapa kelemahan berkaitan perancangan dan...

Alamak! Game Bosan Sampai Kantoi Tertidur

31/08/2017
0

ALAHAI bang oih... Sampai tertidur ya tengok bola kat Stadium Shah Alam tu? Bosan sangat ke game final kelmarin? Seorang...

Next Post

Polis Sahkan Warga Korea Utara Meninggal Di KLIA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd