• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Meninggal Di KLIA

oleh
15/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam adalah Kim Jong-Nam iaitu abang tiri kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-Un.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan bahawa mayat seorang lelaki Korea Utara dibawa ke Hospital Putrajaya dari KLIA.

“Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.

“Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita,” katanya.

“Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

“Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Fadzil berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Saya telah maklumkan perkara ini kepada Kedutaan Korea Utara untuk maklumat susulan,” katanya.

Petugas media mula berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik hospital berkenaan sejak 8 malam bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu.

Usaha itu bagaimanapun terhalang apabila kumpulan media tidak dibenarkan menghampiri jabatan itu. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NamKim Jong-unKorea Utarameninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd