• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

46,461 Calon UPKK 2016 Peroleh 8A, Meningkat 4 Peratus

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lepas mencatat keputusan 8A,

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media bagi mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya serta mengekalkan kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Sebanyak 197,623 calon UPKK mengambil lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Jawi dan Khat; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.

“Daripada itu, Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti Bidang al-Quran dengan 99.6 peratus lulus.

“Pencapaian ini sekali gus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” kata beliau lagi.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan 94.23 peratus, diikuti al-Quran (91.83 peratus); Adab (90.48 peratus); Ulum Syariah (87.95 peratus) dan Sirah 83.61 peratus.

Jamil Khir berkata keputusan UPKK kini boleh disemak secara dalam talian di http://semakan.islam.gov.my atau  menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS ) di MySMS 15888 bermula 11 pagi ini.

Pernyataan keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 3 petang ini, katanya. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirUPKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

19,266 Calon UPKK 2022 Raih 8A

19,266 Calon UPKK 2022 Raih 8A

09/03/2023
0

PUTRAJAYA: Seramai 19,266 daripada 234,931 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd