• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Cuba Samun Kedai Motosikal Ditahan

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Empat lelaki yang baru memecah masuk sebuah kedai motosikal ditahan polis ketika mereka cuba melarikan komponen kenderaan di dalam premis perniagaan di Taman Indah itu, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemilik kedai itu yang kebetulan ke premis perniagaannya kira-kira 2.15 pagi melihat sebuah motosikal dan sebuah kereta berada di hadapan kedai dengan pintu gelongsor besi terbuka.

“Lelaki itu yang bimbang kedainya dirompak bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan anggota datang dan mendapati terdapat tiga lelaki dalam kerata dan seorang lagi di dalam kedai berkenaan yang hendak mencuri barangan di situ,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada empat lelaki yang ditahan itu merupakan bekas pekerja di kedai motosikal berkenaan dan suspek dipecat dua minggu lepas kerana masalah disiplin.

Katanya siasatan awal mendapati tiga lelaki itu sedang menunggu rakan mereka mencuri komponen motosikal di dalam kedai berkenaan dan mereka tidak menyedari kehadiran polis.

“Mereka dipercayai bertindak sedemikian kerana ingin membalas dendam selepas bekas pekerja tersebut dipecat dari kedai itu dan semasa polis sampai suspek belum sempat melarikan apa-apa,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata bekas pekerja itu berjaya membuka pintu kedai berkenaan kerana memiliki kunci yang diberikan majikan ketika dia bekerja di situ.

Katanya siasatan juga mendapati motosikal yang digunakan seorang daripada suspek adalah kenderaan curi dan empat lelaki itu yang berusia 24 hingga 31 tahun kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes samunmotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd