• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rentung Dalam Teksi Yang Terbakar

oleh Ahmad Albab
25/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Dua orang ditemukan rentung di dalam sebuah teksi selepas kereta jenis Proton Persona itu terbakar di Km 2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) menghala ke Batu Kawan, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohd Azman Hussin berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.25 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

“Semasa kami sampai di tempat kejadian, api sedang marak dan bomba berjaya memadamkan kebakaran kira-kira 13 minit kemudian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sebaik selesai operasi pemadaman, pihaknya mendapati ada dua individu yang sudah rentung di dalam teksi terbabit dan kes diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt. Shafee Abdul Samad berkata polis masih menyiasat identiti kedua-dua mangsa terbabit yang dipercayai lelaki.

Katanya siasatan mendapati teksi itu didaftarkan atas nama A. Gopal Krishnan yang beralamat di Balik Pulau.

Berdasarkan laporan awal, teksi itu dikesan berhenti di bahu jalan di lokasi berkenaan oleh peronda JSAHMS.

“Anggota peronda itu mendekati teksi tersebut dan ternampak dua lelaki India, masing-masing dalam keadaan berbaring di tempat pemandu serta penumpang depan dengan pintu serta tingkap kenderaan berkunci.

“Saksi cuba mengejutkan mereka tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba lelaki itu terdengar bunyi enjin yang kuat dan ternampak api marak dari bahagian enjin dan dia cuba memadamkan kebakaran namun tidak berjaya,” kata Shafee.

Beliau berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: rentungTeksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trend Seluar Dalam Bagi Kemaluan Nampak Tembam

Next Post

BN Kelantan Akan Laksana Pelbagai Program Bersepadu

Related Posts

Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Bilik Air

Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Bilik Air

25/03/2025
1

KAJANG - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Chua di sini pada Selasa....

Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah

Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah

09/09/2024
0

ARAU - Mayat lelaki rentung dipercayai disambar api dari mesin rumput yang terbakar di Jejawi di sini, pada Ahad, dikenal...

Next Post

BN Kelantan Akan Laksana Pelbagai Program Bersepadu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd