• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Remaja Geng Curi Tabung Masjid Ditahan

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di Bukit Mertajam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil risikan dan intipan, sepasukan polis berjaya mengesan dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu sebelum menahan mereka kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Pada 31 Jan lepas, kami menerima satu laporan polis daripada jawatankuasa Masjid Haji Saad di Jalan Tanah Liat, di sini berhubung kehilangan satu tabung yang diletakkan dalam kawasan masjid berkenaan.

“Berdasarkan pemerhatian rakaman kamera litar tertutup yang terdapat dalam masjid itu, polis berjaya mengesan kelibat dua lelaki yang melakukan kegiatan berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya hasil siasatan, polis menahan kedua-dua remaja itu yang sedang menaiki sebuah motosikal dan semakan awal mendapati kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu berkenaan dipercayai dicuri.

Nik Ros Azhan berkata mereka juga mengaku terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Haji Saad berkenaan dan mengambil wang sebanyak RM26 yang terdapat di dalam tabung tersebut.

“Tabung aluminium yang dicuri itu telah dibuang di kawasan sawah di Jalan Permatang Nibong dan kami juga telah menemui semula tabung berkenaan,” katanya.

Menurut Nik Ros Azhan, siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan dua remaja yang tidak bekerja itu terlibat dalam beberapa lagi kes curi tabung masjid serta surau di daerah SPT dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata selain terlibat kes curi tabung, mereka juga dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun dan curi motosikal di sekitar negeri ini.

“Seorang daripada mereka positif dadah dan kedua-dua mereka kini direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Curitabung masjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd