• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mayat Terdampar Di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang

oleh
26/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Dua mayat lelaki hampir reput dijumpai terdampar di pesisir pantai di sini namun, ia bukan mayat pemancing yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt. Suffian Sulaiman berkata mayat pertama ditemui kira-kira 11.05 malam tadi berhampiran dengan penemuan bot milik mangsa, Wan Abdul Manan Wan Ahmad, 49, yang masih hilang.

Beliau berkata mayat itu, yang hanya berseluar, ditemukan seorang penduduk kampung ketika melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan pantai.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada tatu pada anggota badan lelaki itu yang dianggarkan berusia sekitar 45 tahun. Kita juga percaya mayat itu berada dalam air dalam tempoh lebih dua minggu berdasarkan keadaan mayat yang kembung,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya mayat kedua pula dijumpai pada 8.20 pagi di Pantai Tok Jembal, kira-kira tiga kilometer dari lokasi pencarian Wan Abdul Manan.

Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan ujian DNA.

Isteri Wan Abdul Manan, Kasiah Harun berkata sebaik mendengar penemuan mayat berhampiran bot milik suaminya itu, beliau bersama-sama anak-anaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Namun, katanya mayat berkenaan bukan suaminya berdasarkan keadaan fizikal, seluar yang dipakai dan tatu pada badan.

“Saya reda dan saya tidak putus berdoa agar suami dapat dijumpai walau dalam apa keadaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: HILANGmati lemasmayat reput
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd