Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

18 Maut Minum Arak...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 18 maut akibat meminum arak buatan sendiri dalam kejadian...

Klopp Pening Kepala, 3...

SADIO Mane menjadi pemain Liverpool terbaharu yang bergelut dengan kecederaan selepas Mohamed Salah...

Pertemuan Sekadar Bincang Isu...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, memaklumkan...

Sultan Mizan Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan sendiri Sultan Terengganu, Sultan Mizan...

2 Maut Kemalangan Awal Pagi Di Lebuhraya PLUS

IPOH – Dua orang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 373.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Slim River awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zahid Mohd Taib, 19, dari Bagan Serai dan Nur Arissa Natijah Sophian, 19, dari Segamat, Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak DSP Mohd Mahiri Hussin berkata sebuah kereta Toyota Vios yang dinaiki kedua-dua mangsa itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Alza.

“Tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Waja yang gagal mengelak Toyota Vios yang berhenti di lorong kanan lalu melanggar kedua-dua mangsa yang baru keluar daripada kenderaan, mengakibatkan kedua-duanya maut kerana kecederaan teruk.

“Bagaimanapun, pemandu kereta Toyota Vios serta Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu dan penumpang kereta Proton Waja cedera parah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut Mohd Mahiri, mayat mangsa dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River.

Kemalangan ini mengakibatkan aliran trafik arah utara bergerak perlahan kira-kira dua hingga tiga kilometer. – BERNAMA

Kategori