• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Lemas Di Bekas Lombong Bauksit Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT GANTANG – Jenazah dua beradik yang mati lemas di dalam kolam bekas lombong bauksit di Kuantan Pahang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jarum Mas, Trong, di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi suasana, dan upacara pengebumian jenazah  Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, selesai pada kira-kira 11.15 pagi.

Terdahulu, jenazah dua beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah ibu bapa dua beradik itu Norazilah Mudzaffar Shah, 32, dan Zuhairi Shukor, 51, di Kampung Jarum Mas pada kira-kira 7.15 pagi dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Bapa saudara dua beradik itu, Norhamizi Sapian Suri, 38, ketika ditemui pemberita berkata dua beradik itu amat rapat dengan ibu bapa mereka dengan Salsabila apabila mahu makan akan disuap ibunya.

Mereka mempunyai tiga lagi adik beradik iaitu Mohamad Aiman Hakimi, 10; Nurkasih, 8, dan Talha Ubaidilah, 2, katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu.

Norhamizi berkata ibu bapa mangsa tidak mahu ditemu bual kerana amat sedih dengan kejadian yang menimpa anak mereka.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kerana membantu urusan penghantaran jenazah kepada keluarga mangsa.

Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan keluarga mangsa akan mengambil tindakan undang-undang mengenai kejadian ini, Norhamizi berkata, ‘ia terserah kepada keluarga mangsa’.

Dalam kejadian 5 petang semalam, dua beradik itu serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, ditemukan mati lemas di dalam kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang, Kuantan, Pahang. – BERNAMA

Tags: bauksitmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd