• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

183 Sekolah Di Sarawak Dikategori Daif – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Sebanyak 183 sekolah di Sarawak dikategorikan sebagai daif dan perlu diberi keutamaan sama ada dibaiki atau dibuat baru, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya terdapat tiga kategori sekolah iaitu yang pertama masih dalam keadaan sempurna, diikuti keadaan sederhana dan yang ketiga daif dan perlu diberi keutamaan.

“Bagi 2017 sebagai contoh, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bersama Ketua Menteri Sarawak dalam perbincangan mereka telah memasukkan bagaimana untuk membantu mengikut tahun, dan akhirnya boleh dibaiki ataupun dibuat baru (sekolah daif) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Guru Aktif 1Malaysia (GA1M) ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ peringkat negeri di Dewan Sri Pakma, Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu di sini hari ini.

Mahdzir berkata ketika ini 69 sekolah rendah dan menengah baharu sedang dalam pembinaan di seluruh negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata beliau sentiasa mendapat maklumat terperinci berkaitan pembangunan serta peruntukan yang perlu kerana Sarawak masih ketinggalan berbanding negeri lain.

Sementara itu, Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia masih meneruskan usaha melaksanakan dasar 90:10 bagi membolehkan anak tempatan Sarawak bertugas di negeri ini.

Katanya tidak timbul masalah mengambil serta membawa anak tempatan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) namun setiap pengambilan masih perlu mengikut tapisan mengikut subjek dan kelayakan.

“Kita nak calon dan sudah tentu perlu penapisan, tidak boleh bawa semua sekali. Kita kena tengok subjek dan kelayakan kalau tiada sijil khusus dalam sesuatu bidang kita bawa mereka masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia,” katanya.

Mahdzir bagaimanapun berkata ketika ini masih terdapat bidang yang kekurangan permohonan seperti bidang agama. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd