• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Tahun Terseksa, Lelaki Terlepas Hukuman Gantung

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemuda berusia 33 tahun, terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas mendapat pengampunan diraja dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Shahrul Izani yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah dimaklumkan mengenai berita gembira itu seminggu yang lalu di Penjara Sungai Buloh.

Perkara itu membuatkan ibunya, Sapenah Nawawi, 59, bersama-sama dengan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International yang berusaha selama 13 tahun merayu agar hukuman anaknya itu diringankan merasa amat gembira kerana memberikan anaknya peluang kedua.

“Saya amat bersyukur kepada Tuhan. Saya mahu berterima kasih kepada Sultan Selangor kerana memberi pengampunan kepada anak saya dan juga terima kasih kepada semua yang berjuang untuk menyelamatkannya,” katanya.

13 Tahun Terseksa, Lelaki Terlepas Hukuman Gantung

Pada 2003, Shahrul yang ketika itu berusia 19 tahun ditahan polis menerusi sekatan jalan raya ketika menunggang motosikal kawannya dan polis mendapati dia membawa 622 gram kanabis.

Kemudian pada Disember 2009, dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sepanjang perbicaraan, Shahrul bertegas tidak tahu-menahu kewujudan kanabis yang dibalut dengan surat khabar dan disembunyikan dalam motosikal tersebut.

Pada masa sama, Sapenah memberitahu, pihaknya juga akan membuat rayuan semula bagi mengurangkan tempoh hukuman.

“Shahrul dah dipenjarakan 13 tahun (2003 hingga 2017). Bayangkan, setiap waktu, setiap detik menanti hukuman sebab tarikh hukuman gantung tidak diberitahu. (Biasanya) setiap hari Jumaat hukuman gantung,” katanya sebak.

Sapenah berkata, beliau setiap hari berdoa anaknya dibebaskan dan terdapat hikmah di sebalik hukuman itu.

“Harapan saya, beliau akan menjadi anak yang soleh. Saya harap cepatlah. Saya dah tunggu 13 tahun. Saya takut beliau buat apa-apa di dalam (penjara).

“Bagi mengelakkannya tertekan, kami anak-beranak sentiasa memberi sokongan dan setiap minggu melawat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Shamini Darshni mengatakan walaupun rayuan untuk meringankan hukuman mati diterima, tetapi penggunaan hukuman mati di negara ini masih berterusan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Edar Dadahhukum gantung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd