• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Ogos Tarikh Perbicaraan Saman MB Pahang

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan sembilan hari, bermula 1 Ogos, sebagai tempoh perbicaraan saman fitnah yang difailkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berhubung artikel, ‘Hebat Sangatkah Adnan’.

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam Datuk M. Reza Hassan, yang mewakili Utusan Melayu dan peguam Americk Singh Sidhu yang bertindak bagi pihak Adnan semasa pengurusan kes.

M. Reza memberitahu media bahawa mahkamah itu menetapkan 1 hingga 4 Ogos dan 7 hingga 11 Ogos bagi mendengar keterangan saksi.

Beliau berkata defendan (Utusan Melayu) akan memanggil sembilan saksi, manakala plantif (Adnan), dua saksi.

Pada 13 Feb, Mahkamah Persekutuan memerintahkan agar saman Adnan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan setelah memutuskan bahawa tiada keterangan secara muktamad di Mahkamah Tinggi tentang sama ada saman dikemukakan Adnan itu adalah atas kedudukan beliau secara peribadi atau rasmi.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Adnan untuk mengubah keputusan mahkamah rayuan pada 1 Mac tahun lepas ketika mengetepikan saman sivilnya terhadap syarikat akhbar berkenaan.

Adnan menyaman Utusan Melayu berhubung penyiaran sebuah artikel dalam Mingguan Malaysia dengan tajuk, ‘Hebat Sangatkah Adnan’ pada 9 Nov 2014.

Dalam saman yang difailkan pada 2014 itu, Adnan berkata Utusan Melayu mencemarkan nama baiknya sebagai pemimpin dan ahli politik nasional melalui artikel berkenaan.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Utusan Melayu bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat itu untuk mengetepikan saman berkenaan. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobUtusan Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

Beri Cadangan Membina, Bukan Rai Orang Hilang Kerja

17/10/2019
0

SHAH ALAM - Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan peluang sebagai ahli panel dengan memberi cadangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd