• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 lagi Mayat Mangsa Bot Karam Tawau Ditemui

oleh Ahmad Albab
10/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui satu lagi mayat mangsa bot karam di perairan Batu Payung, Tawau semalam, menjadikan tujuh mayat mangsa ditemui setakat ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata mayat mangsa, Azlan Moja, 30-an, itu ditemui pada 5.48 petang di lokasi 1.9 batu nautika barat laut ke Kampung Titingan, Tawau.

“Berikutan penemuan itu, sehingga ini empat lagi individu yang masih hilang termasuk dua kanak-kanak dan empat orang lagi dilaporkan selamat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata tujuh mangsa yang maut telah dikenal pasti iaitu Handra Hadda,40, Taqi Muhd Zaki, 7, Mohdn Faiz,4, Nurhafiza, 2, Azlan, Nasir Selasa, dan Muhd Asraf berusia sembilan bulan.

Mohd Zubil berkata, operasi SAR empat lagi mangsa yang masih hilang itu diteruskan hari ini dengan keluasan lokasi pencarian 68 batu nautika persegi di perairan Tawau.

Pada Selasa, bot laju yang membawa 15 orang warga Indonesia termasuk juragan, karam dipercayai dipukul ombak besar kira-kira lima hingga 10 minit selepas bertolak dari jeti Tinagat Batu Payung.

Bot berkenaan berlepas pukul 5.30 petang ke Sungai Nyamuk di Indonesia.

Sementara itu, Mohd Zubil berkata operasi mencari lima mangsa bot karam yang masih hilang di perairan Pulau Mangalun 28 Jan lepas, diteruskan hari ini.

“Operasi SAR hari ke-14 itu melibatkan 300 anggota dengan lapan aset masing-masing tujuh kapal dan bot serta satu pesawat.

“Operasi pencarian masih melibatkan kawasan 300 batu nautika persegi di Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 26 mangsa telah dijumpai termasuk empat yang maut.

Mohd Zubil berkata sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang arahan untuk menghentikan SAR itu.

“Kita akan terus lakukan operasi sehingga ada arahan untuk menghentikan operasi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd