• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Euwww…Geli Lihat Ulat Menari-Nari Dalam Roti Ini

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki mengalami pengalaman meloyakan apabila menemui beberapa ekor ulat di dalam roti sardin yang dibelinya di sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Mangsa, Kenny Ooi menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook mengatakan dia menyedari kewujudan ulat itu selepas menggigit hampir separuh roti tercemar itu.

“Saya sudah makan separuh dari roti ini, sangat menjijikkan,” ujarnya.

Kenny yang turut memuat naik video, menunjukkan dengan jelas keadaan roti sardin tersebut yang berulat dan ulatnya masih bergerak.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tiga hingga empat ekor ulat dipercayai berada dalam makanan itu membuatkan dia berasa sangat mual seperti mahu muntah semula.

lotii

Dia bagaimanapun telah membawa semula roti berulat itu kepada pihak pengurusan kedai untuk memaklumkan perkara yang berlaku.

Namun ada pihak yang merasa Kenny cuba untuk melakukan sabotaj bagi memburukkan imej syarikat pengeluar roti sardin tersebut.

Bagaimanapun, Kenny menafikan perkara tersebut dengan mengatakan hanya mahu memberi peringatan kepada netizen supaya berhati-hati dengan apa jua makanan yang dibeli.

“Sebagai peringatan, apa sahaja makanan yang dibeli, kita perlu memberi perhatian dari semasa ke semasa untuk mengelakkan perkara tidak diingini seperti ini berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, pihak pengeluar jenama roti berkenaan masih tidak memberikan sebarang respon berhubung perkara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: makananrotiulat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peminat Komen Nakal Pada Gambar Fazura Letih Di Gim

Next Post

DSV Bakal Tarik Balik Iklan Selepas ‘Kecewa’ Dengan TV3

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

13/12/2022
0

SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 19 'ulat' disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dan beroperasi secara haram dengan...

Next Post

DSV Bakal Tarik Balik Iklan Selepas 'Kecewa' Dengan TV3

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd