• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hebat… Ahli Kung Fu Tahan Tiang Kayu Guna Zakar

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLIP aksi seorang lelaki warga China membiarkan sebatang tiang kayu menghentak zakarnya membuatkan penonton yang menonton video itu terlopong besar.

Mana tidaknya, lelaki berpakaian serba hitam itu dipercayai mengamalkan teknik ‘Iron Crotch’ iaitu salah satu aksi Kung Fu Shaolin untuk memberikan kekuatan atau kekebalan kepada bahagian ‘kelakiannya’.

Menurut ahli-ahli atau pakar kung fu, aksi tersebut mampu membantu merawat mati pucuk dan ejakulasi pra-matang.

Video tersebut telah dimuat naik di laman mikro Weibo menerusi akaun Qidi Daily semalam.

Video Ahli Kung Fu Tahan Tiang Kayu Guna Kelengkang

Video Ahli Kung Fu Tahan Tiang Kayu Guna Kelengkang

Di dalam klip yang tersebar itu, seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya dilihat membuka kekudanya dan menghayunkan tiang kayu beberapa kali dan menahan hayunan itu menggunakan zakarnya sahaja.

Menurut kepercayaan warga China, posisi yang dilakukan oleh lelaki itu mampu mengalirkan ‘tenaga Chi’ ke bahagian alat sulitnya dan menjadikannya keras seperti besi.

Malah ia juga dipercayai boleh memberi manfaat kepada kaum lelaki sebagai senaman untuk merangsang peredaran darah dan meningkatkan fleksibiliti tisu sekitar buah zakar (testis).

Namun, persediaan dan tunjuk ajar yang rapi diperlukan sebelum melakukan aksi tersebut.

Jelas pakar kung fu lagi, sebelum seseorang itu melakukan aksi tersebut, mereka perlu memberi tumpuan kepada ketahanan badan dan mengurut buah zakarnya sekurang-kurangnya 300 hingga 500 kali sehari untuk mencapai tahap seperti lelaki di dalam klip tersebut.

Walau bagaimanapun, senaman itu tidak disokong oleh pakar-pakar perubatan dari Barat bahawa ia mampu mengekang masalah mati pucuk mahupun ejakulasi pra-matang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kelengkangkung futiang kayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wow! Nenek 94 Tahun Kekal Sihat, Mahir Berkung Fu

22/02/2017
0

SEORANG warga emas berusia 94 tahun berasal dari Ninghai, wilayah Zhejiang, China sensasi di laman sesawang kerana kemahiran seni mempertahankan...

Ini Habuannya Padah Curi Telefon Milik Guru Kung Fu

20/12/2016
0

SEORANG pencuri menerima 'ganjaran' daripada seorang pemandu trak apabila perbuatannya mencuri telefon bimbit berjaya dihidu oleh pemilik trak itu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd