• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uber Siasat Pemandu Jadi ‘Sesumpah’ Di KLIA, KLIA2

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Uber Malaysia sedang menyiasat insiden pemandunya yang gagal mematuhi peraturan ketika beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di Sepang.

Syarikat itu dalam satu kenyataan kepada mStar Online memberitahu siasatan secara terperinci kini dibuat bersama pihak berkuasa berkaitan.

“Kami mengambil laporan-laporan berhubung insiden ini secara serius dan sedang menyiasatnya dengan teliti bersama-sama dengan pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Syarikat itu mengulas pendedahan mStar Online mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di KLIA dan KLIA2 bagi mengaut untung bersih.

Portal berita ini menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Menurut Uber, pihaknya menghargai orang awam yang membuat laporan berhubung kejadian seumpama itu kepada syarikat berkenaan.

“Di Uber, membawa penumpang ke destinasi dengan selamat merupakan salah satu perkara paling penting yang menjadi amalan.

“Kami tidak akan membiarkan insiden berkenaan menjejaskan kepercayaan pelanggan terhadap Uber,” katanya sambil menambah bahawa Uber memberi kesan positif kepada masyarakat dan bandar.

Sehubungan itu, Uber akan terus menambah baik perkhidmatan dan mengkaji maklum balas yang diterima bagi memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman perjalanan terbaik.

“Matlamat kami adalah menyediakan pilihan perjalanan yang selamat, selesa dan boleh dipercayai kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Berdasarkan tinjauan, kerakusan aktiviti ‘sesumpah’ ini, termasuk ulat sedia ada menjadi antara faktor pendapatan harian pemandu teksi KLIA terjejas kira-kira 50 peratus.

Syarikat Uber dan Grab juga dianggarkan ‘terlepas’ sejumlah komisen apabila pemandu mereka dengan pantas akan mematikan status sebagai pemandu yang sedang bertugas sebaik mendapat pelanggan, walaupun sebelum itu nama dua syarikat itu digunakan ‘memancing’ perhatian ‘mangsa’.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada Uber dan Grab berhubung insiden yang berlaku di KLIA dan KLIA2.

Sehingga berita ini disiarkan, Grab masih belum memberikan sebarang komen atau tindak balas. – mStar Online

Tags: KLIASesumpahUber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan dua individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd