Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan Satu Lemas,...

KUALA NERUS - Seorang pelajar tingkatan satu ditemui lemas manakala seorang lagi masih...

‘Ola Bola’ Raih RM8...

KUALA LUMPUR - 'Ola Bola' yang mula ditayang pada 28 Januari telah mengutip...

Tumpukan Bersatu, Ketepikan Soal...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO Sabah perlu memberi perhatian terhadap seruan Timbalan Perdana...

Adenan Sentiasa Perjuangkan Kehendak...

SIBU - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem disifatkan sentiasa memperjuangkan kehendak...

Tular Video Datuk Siti Salah Sebut Om Telolet Om

FENOMENA sebutan ‘Om Telolet Om’ di negara jiran, Indonesia memang sudah diketahui umum dan sedang menular keseluruh dunia.

‘Om’ dalam bahasa Indonesia bermaksud ‘pak cik’ dan ‘telolet‘ pula bermakna ‘hon’ sementara itu ungkapan ‘Om Telolet Om’ bermaksud ‘Pak cik bunyikan hon pak cik’.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah dijemput untuk menjadi juri dalam satu program realiti D’Academy Asia di negara seberang itu.

Program tersebut dihoskan oleh Rina Nose, Andika Pratama, Irfan Hakim, dan Ramzi.

Rina dan Ramzi meminta para pengulas dan juri mengucapkan ungkapan ‘Om Telolet Om’.

Tular Video Datuk Siti Salah Sebut Om Telolet Om

Tular Video Datuk Siti Salah Sebut Om Telolet Om
Zul 2 By 2

Bagi juri mahupun pengulas dari Indonesia, permintaan dua hos itu tiada masalah untuk menyebutnya dan yang menjadikan pentas itu gamat adalah apabila Datuk Siti diminta menyebutnya namun tersalah sebut menjadi ‘Om Telor Om’.


Para juri dan pengacara yang mendengar ungkapan itu ketawa terbahak-bahak sementara Datuk Siti menahan malu.

Selain Datuk Siti, salah seorang anggota 2 By 2 iaitu Zul yang turut menjadi juri jemputan dilihat ketawa sakan mendengar ungkapan Datuk Siti sebelum diminta oleh salah seorang pengacara untuk mengajarkan kepada Datuk Siti sebutan yang sebetulnya.

Video berkenaan telah tular menerusi media sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori