Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Sheera Iskandar Selamat Diijabkabul...

PELAKON Sheera Iskandar dilaporkan telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Doul Harun, malam semalam.Sheera...

PAN Mahu JAIS Tahan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)...

Beri Duit, Telefon Bimbit...

KEJAM... Rasanya itu perkataan yang sesuai dengan perbuatan terkutuk yang dilakukan seorang warga...

Bomba Pastikan Hospital Lama...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sentiasa memastikan lapan hospital...

Tuhan Tidak Mahu Semua HambaNya Jadi Islam?

KUALA LUMPUR – UMNO Selangor melahirkan rasa kesal kerana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup menuduh Tuhan tidak mahu semua hambaNya menjadi Islam dan masuk syurga hanya kerana mahu memancing sokongan Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Mahathir membuat dakwaan itu pada Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (PAN) di Shah Alam baru-baru ini dalam memastikan beliau mendapat sokongan Pakatan Harapan terutama DAP.

“Mahathir sanggup menuduh Tuhan tidak mahu semua hambaNya menjadi Islam dan masuk syurga. Kenyataan Mahathir kemudian di sokong pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

“Tuhan tidak pernah mencipta orang kafir ke dunia. Akan tetapi Tuhan mencipta manusia dengan kelahiran semua bayi dalam keadaan tidak kafir atau beriman, yakin bayi tersebut dalam keadaan pemahaman yang suci dan fitrah.

“Ini menunjukkan bahawa Tuhan bukannya tidak mahu semua hambaNya masuk syurga sepertimana tuduhan Mahathir. Apa yang perlu kita ketahui ialah kita di lahirkan ke dunia berserta kehendak yang perlbagai dan kemudiannya kita diseru untuk beriman kepada Allah yang Esa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mahathir sejak berpaling tadah daripada UMNO menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau kini bersengkongkol dengan Pakatan Harapan gara-gara berdendam dengan UMNO kerana enggan memenuhi hasratnya menumbangkan Najib selaku Perdana Menteri bagi digantikan dengan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.


Zein Isma berkata, perbuatan Mahathir mengambil hati DAP itu sebenarnya sekadar mendedahkan lagi dirinya yang sebenar sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-citanya hingga pernah menjadikan Nabi Muhammad sebagai bahan lawak dalam majlis DAP.

Beliau bagaimanapun percaya penyokong Mahathir akan menyokong apa sahaja kenyataan Mahathir walaupun kenyataan tersebut menghina, menuduh dan menolak kuasa Tuhan dan kemuliaan Nabi Muhammad.

“Apa yang penting, kita sedarkan saudara mara kita agar jangan terpengaruh dengan pembangkang kerana tindakan mereka sudah terlalu menyimpang dari perintah Tuhan.

“Jangan gadaikan akidah dan akhirat kita kerana sokongan kita kepada parti blok pembangkang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori