Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Warga Indonesia Terlibat...

TAWAU - Konsulat Republik Indonesia (RI) Tawau hari ini mengesahkan tiada warga Indonesia...

KAFA Mahu Tengku Abdullah...

KUALA LUMPUR - Kedudukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan lebih parah jika...

Hampir Sejuta Mangsa Tertipu,...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sebanyak 947,301 individu menjadi mangsa...

PGA Rampas Rokok Seludup...

KUCHING - Pasukan Polis Gerak Am (PGA) merampas rokok seludup yang dianggar bernilai...

TMJ Dakwa Annuar Musa Seleweng Duit Rakyat

KENYATAAN Tan Sri Annuar Musa membidas Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya jangan angkuh dan tidak harus perkecilkan pencapaian sesiapa ternyata kini mengundang kemarahan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baca: Tak Payahlah Menuntut Orang Memuji – Annuar Musa

Juga: Akan Ada Menteri Cuba Guna Faiz Subri Untuk Populariti

TMJ menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers bertindak mendedahkan penyelewengan yang pernah dilakukan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu ketika menjadi Pengerusi MARA.

Dalam status eksklusif itu, TMJ mendakwa Annuar konon telah memaksa sayap pelaburan MARA untuk menaja pasukan Kelantan atau sering disebut sebagai The Red Warriors (TRW) ketika ekonomi negara tidak stabil.

Tidak sekadar wang pelaburan MARA, TMJ memberitahu, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) turut diheret dalam permasalahan TRW apabila dipaksa melabur hingga menyebabkan berlaku pengurangan biasiswa pelajar Malaysia daripada RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016.

TMJ Dakwa Annuar Musa Seleweng Duit Rakyat

Dalam status itu, baginda turut menampilkan bukti yang merupakan beberapa resit sebagai bukti penajaan pihak MARA dan UNIKL secara rahsia untuk menanggung skuad TRW beberapa tahun lalu.

TMJ Dakwa Annuar Musa Seleweng Duit Rakyat

TMJ Dakwa Annuar Musa Seleweng Duit Rakyat


Susulan itu, Tunku Ismail berharap agar Annuar dapat menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai isu tajaan kontroversi tersebut daripada cuba sibuk mengambil kesempatan atas kemenangan bersejarah Mohd. Faiz Subri.

Terdahulu, Annuar dalam sidang media di ibu negara memaklumkan bahawa Pemenang Anugerah Puskas anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 itu pernah dididik agak lama dalam pasukan Kelantan.

Menurut beliau, TRW memang menyedari Mohd. Faiz memilliki keistimewaan dan diketahui sebagai `dead ball specialist’ namun sepakan percumanya yang membawa kepada Anugerah Puskas itu juga ada elemen nasib baik.

Selain Annuar, dalam status itu TMJ memberitahu bahawa baginda akan minta seorang menteri yang mabuk mengadapnya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia berhubung perihal seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Johor.

Tunku Ismail turut memberi amaran namun dengan menggunakan ungkapan bahasa berlapik iaitu ‘dikejutkan harimau yang sedang tidur’. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

Kategori