• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Terhadap Pegawai Terlibat Rasuah

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai undang-undangnya yang terlibat dengan rasuah, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Justeru, beliau menyeru semua pegawai undang-undang itu supaya tidak sama sekali terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan perlanggaran peraturan serta undang-undang yang mencemar nama baik jabatan itu.

“Jika wabak penyakit dapat kita sembuhkan dengan penemuan vaksin dan anti-bakteria yang sesuai, wabak rasuah hanya boleh diubati dengan keinsafan hati diri kita sendiri.

“Terlalu banyak yang boleh kita lakukan tetapi pokok pangkalnya masih berbalik kepada diri tuan puan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pegawai Undang-undang Jabatan Peguam Negara 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek. Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu disertai 631 pegawai undang-undang daripada pelbagai agensi kerajaan seluruh negara.

Mohamed Apandi berkata gejala rasuah adalah seperti anai-anai yang akan memamah rakus keutuhan negara sedikit demi sedikit, dan seperti anai-anai, kehadirannya seringkali tanpa disedari.

“Hanya bermula dengan pelawaan makan malam di hotel terkemuka ia kemudian bersabit pula dengan pelawaan bermain golf dan melancong…akhirnya ia merebak dan menjerumus kepada permintaan dan pemberian wang ringgit serta barangan berharga secara terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Beliau berkata perbuatan rasuah yang dominan dan sukar diubah ketika ambang kejatuhan Empayar Melaka dahulu, terutamanya di kalangan pembesar dan saudagar, mseharusnya dijadikan teladan serta diinsafi generasi masa kini.

“Kesetiaan pembesar dan saudagar amat mudah dibeli melalui wang ringgit dilabur Portugis,” katanya.

Katanya Empayar Melaka yang dikatakan kebal akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada 1511 bukan kerana tiada senjata canggih atau kudrat pahlawan, sebaliknya benteng kukuh empayar itu dirobohkan sedikit demi sedikit oleh orang yang berlindung di sebaliknya. – BERNAMA

Tags: Peguam Negararasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd