• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Ketua Pengarah Jakoa Bebas Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM74,600 daripada seorang ahli perniagaan, tujuh tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail membebaskan Nisra Nisran Angit @ Asra Ramlan, 42, daripada pertuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Allaudeen dalam penghakimannya berkata, saksi pendakwaan keenam iaitu Yusoff Othman memberi keterangan bercanggah menyebabkan kebolehpercayaan keterangannya ditolak oleh mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, Nisa Nisran didakwa menerima wang berjumlah RM34,600 daripada seorang ahli perniagaan iaitu Hamzah Sia melalui akaun pihak ketiga milik Yusoff Othman, yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Cawangan Ampang Park, Ampang Park Shopping Centre di sini, pada 6 Julai 2010.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, lelaki itu didakwa mendapat untuk dirinya wang masing-masing berjumlah RM20,000 daripada Hamzah melalui akaun bank pihak ketiga milik Yusoff, yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah ada hubungan dengan kerja rasminya.

Nisra Nisran didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Public Mutual Berhad, Blok B, Sri Damansara Business Park, Bandar Sri Damansara, di sini, pada 6 dan 17 Dis 2010.

Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mahadi Abdul Jumaat, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan Mohd Daud Ismail. – BERNAMA

Tags: JAKOArasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd