• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Tempat Duduk Untuk Saya Di AJL” – DSV

oleh AK-47
23/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA tak pergi ke AJL kerana tiada tempat duduk untuk saya,” itu luahan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) selepas kelibatnya tidak kelihatan pada Anugerah Juara Lagu Ke-31 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Menerusi akaun Instagramnya, Datuk Seri Vida meluahkan kekesalannya apabila tidak dijemput pada anugerah tersebut yang pernah mendapat tajaannya dua tahun berturut-turut iaitu pada 2014 dan 2015.

"Tiada Tempat Duduk Untuk Saya Di AJL" - DSV

Jelasnya, alasan pihak AJL mengenai tiada kekosongan tempat duduk untuknya menghadiri program tersebut adalah alasan yang tidak profesional.

“Sebesar-besar PWTC tiada tempat duduk untuk saya sebab apa tak taja atau apa? Apa pun saya ok jer.

“Tiada tajaan tiada tempat duduk, no money no talk,” katanya yang sering mengikuti AJL dan menghadiri program tersebut sejak enam tahun lalu.

Beliau menganggap kehadirannya pada program tersebut adalah sebagai sokongan kepada industri hiburan tanah air dan sepatutnya diberikan ruang untuk turut sama meraikan kemeriahan program anugerah berkenaan.

Datuk Seri Vida dengan nada kecewa menjelaskan tidak menonton program tersebut di kaca televisyen dan kini sedang merancang untuk menaja rancangan berbentuk Islamik.

“Saya tak tengok AJL, baik saya rancang bisnes,” katanya.

Perkongsian beliau di laman sosial mendapat sokongan netizen yang mahukan pengasas produk Qu Puteh itu bersabar dengan kejadian tersebut kerana mungkin ada hikmah disebalik insiden berkenaan.

“Takpe lah dato…diaorang tak jemput pon Dato’ tetap kebabommm muuahhhh,” tulis cayangadeng.

Ada netizen yang berpendapat supaya memberikan tajaan yang lebih baik daripada rancangan berbentuk nyanyian ini.

“What i can say better taja benda yang baik-baik sebab taja AJL tu takda effect apa pun setakat nyanyi je tak bawak faedah pun. Baik Dato’ taja benda yang baik yang membawa manfaat,” tulis Luqman_azam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AJL 31Datuk Seri Vida
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekangan Kewangan Tak Jejas Aspek Keselamatan – PAT

Next Post

Suspek Kes Tetak Dan Bakar Rumah Direman 7 Hari

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Suspek Kes Tetak Dan Bakar Rumah Direman 7 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd