Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Operasi Cari 4 Individu...

KUDAT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat individu berserta bot yang hilang...

Pemandu Lori Tampar Anak...

Shah Alam : Pemandu lori yang memukul anak tirinya berusia lima tahun di...

21 Ketua Kumpulan Dadah...

MANILA - Polis Filipina membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dalam beberapa siri serbuan antidadah,...

Pentadbir Cukai Sokong Agenda...

MELAKA - Pentadbir cukai berperanan penting untuk menyokong agenda pembangunan, sosial dan keselamatan...

Tema Paradise Latari Koleksi Terbaharu Bohari

JENAMA anak tempatan, Bohari Kuala Lumpur terus melangkah gah dalam bidang fesyen tanah air dengan memperkenalkan koleksi Ready To Wear (RTW) Paradise bersempena menyambut kedatangan tahun 2017.

Menurut pemiliknya, Ridzuan Bohari, Koleksi Paradise 2017 merupakan satu koleksi yang diinspirasikan buat individu berpersonaliti menarik dan bergaya tersendiri.

Sebanyak 24 rekaan menerusi koleksi ini yang mana merangkumi celana panjang berpotongan longgar, skirt, kaftan dan blaus.

Tidak hanya terhad kepada fesyen wanita sahaja, sebaliknya Bohari turut mereka pakaian untuk golongan lelaki metroseksual yang sentiasa menjaga penampilan dan kekemasan diri.

Paradise Men hadir dalam bentuk rekaan seperti blazer, kemeja lengan panjang dan seluar panjang berpotongan longgar.

Tema Paradise Latari Koleksi Terbaharu Bohari

Tema Paradise Latari Koleksi Terbaharu Bohari
Tema Paradise Latari Koleksi Terbaharu Bohari

“Koleksi fesyen Bohari disasarkan kepada individu berusia 20 tahun ke atas dan sesiapa sahaja yang dapat menghargai penggayaan fesyen terutama sekali golongan wanita.


“Sudah menjadi kelaziman ketika membeli keperluan fesyen, sama ada ibu atau anak perempuan, masing-masing akan sama-sama melengkapi antara satu sama lain.

“Apa yang menarik mengenai koleksi RTW Bohari, ianya boleh disuai padan dalam apa jua persalinan atau gaya mengikut personaliti, usia dan bentuk badan si pemakai,” kata Ridzuan ketika ditemui pada majlis pelancaran Butik Bohari di Sunway Putra Mall, semalam.

Butik tersebut telah dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beberapa selebriti tempatan turut hadir menyerikan lagi majlis tersebut antaranya Bella Dally, Amer Forteen dan Sazzy Falak. – MYNEWSHUB.CC

Tema Paradise Latari Koleksi Terbaharu Bohari

Kategori