• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teguran Nik Abduh, Ini Respons Aliff Syukri…

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ada menegur usahawan produk kecantikan dan kesihatan ternama, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris kerana menyiarkan iklan D’Herbs yang menjolok mata di sebuah akhbar harian, baru-baru ini.

Baca: Nik Abduh Tegur D’Herbs Buat Iklan Menjolok Mata

Susulan itu, Aliff Syukri ada memberikan kenyataan balas mengenai teguran yang diberikan Nik Abduh yang mana beliau berterima kasih di atas perkara tersebut namun berasa agak terkejut kerana teguran itu dilakukan secara terbuka menerusi laman sosial pemimpin tersebut.

“Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberkan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau.

“Saya akui saya memang tidakada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan pabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya.

“Saya sebagai seorang usahawan kosmetik yang membawa jenama D’herbs terutamanya terpalit dengan kecaman mahupun komen-komen tidak membina hasil daripada teguran secara terbuka yang telah dibuat.

“Sejujurnya, syarikat saya ternyata bertungkus- lumus untuk meningkatkan dan mempertahankan perniagaan kami dalam keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dari segi pengiklanan untuk menarik minat pelanggan namun apabila perkara ini terjadi, jenama D’herbs serba-sedikit dipandang negatif oleh masyarakat.

“Sesungguhnya, bukan mudah untuk saya membina perniagaan dan bertapak dalam dunia kosmetik ini. Tidak mudah juga untuk saya menempuh segala dugaan dan cabaran bersama- sama tulang belakang syarikat sehingga namanya dikenali kini.

“Namun bak kata orang, ‘meruntuhkan sesuatu itu lebih mudah daripada membinanya’. Perkara ini sebenarnya yang menjentik hati saya untuk berbicara. Bagi saya, lebih molek sekiranya saya ditegur secara peribadi berbanding secara terang- terangan agar perkara tersebut tidaklah memalukan. Saya faham niat beliau adalah amat murni agar saya menambahbaik pengiklanan yang akan dikeluarkan pada masa akan datang tetapi maruah saya dan D’herbs terutamanya tidak perlulah diperkecilkan sebegitu.

“Saya percaya bahawa menegur itu biarlah kena pada tempatnya dan tidak sampai mengaibkan. Saya berpegang pada satu kata- kata, ‘Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki’.

“Buat akhirnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah dari saya,” tulisnya di laman Instagram miliknya. – MYNEWSHUB.CC

Saya sedia terima teguran tapi… Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk akhbar Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau. . . Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya. . . Apapun terima kasih atas teguran beliau dan juga semua yang memberi nasihat,Insya Allah mudahan Allah memberkati anda semua di atas nasihat2 yg baik. . Hadis dari Imam Syafie ada mengatakan “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi- sembunyi, maka dia benar- benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu”. . Urusan keberkatan rezeki itu milik Allah dan dengan rezeki dari D’herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah.

A photo posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Jan 17, 2017 at 1:10am PST

Tags: Datuk Aliff SyukriNik Abduhterlajak laris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd