• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Dapat Bayaran, Ziana Zain Bakal Saman Penganjur

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN sudah hampir dua bulan menjayakan Konsert High Note, penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan dia masih belum lagi menerima 50 peratus baki bayaran persembahannya daripada pihak penganjur.

Kecewa dengan hal itu, Ziana memberitahu, dia akan mengambil tindakan terhadap penganjur konsert itu, iaitu, DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagr.

Baca: Vokal Mantap Trio Tutup Kelemahan Penganjur Konsert

“Ada perbincangan antara pihak pengurusan semua artis terbabit dan kami bersetuju untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya serta mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ziana, perkara itu akan diuruskan oleh pengurusnya, Alin.

“Dia yang menguruskan hal persembahan dan berkaitan. Dia juga berpesan kepada saya supaya memberi fokus kepada perniagaan dan nyanyian kerana dia akan uruskan semuanya berkaitan konsert itu.

“Selain pihak pengurusan, akan ada peguam yang dilantik bagi menguruskan kes ini,” katanya

Terdahulu, Ziana pernah menyifatkan Konsert High Note ini merupakan paling teruk pernah dijayakannya selama tiga dekad dalam industri seni.

Tak Dapat Bayaran, Ziana Zain Bakal Saman Penganjur

Ini kerana, dakwanya pihak penganjur hanya memberikan mereka masa selama dua jam sahaja berlatih lagu-lagu yang bakal dipersembahkan sebelum konsert berlangsung.

Konsert yang berlangsung di Istana Budaya, pada November tahun lalu ini, menampilkan tiga penyanyi bernada tinggi Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriter. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: Ziana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

Jangan Beri Tekanan Pada Ziana – Erra Fazira

19/07/2018
0

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menasihatkan semua orang agar tidak memberi tekanan kepada rakan baiknya, Ziana Zain yang baru sahaja bercerai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd