Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Isu 3R: Polis Selangor...

KUALA LUMPUR : Polis Selangor menerima 25 laporan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah,...

Premis Jagaan Kanak-Kanak Catat...

KUALA LUMPUR – Premis penjagaan kanak-kanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki...

Dilwale Dinobat Sebagai Filem...

JIKA di Malaysia, filem Dilwale gandingan bintang Bollywood Shah Rukh Khan dan Kajol tidak...

1,970 Syarikat Gagal Bayar...

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah kini merekodkan sebanyak 1,970...

Suspek Kes Pecah Rumah Di Ipoh Ditahan

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Ipoh Timur, Bercham di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata bertindak hasil maklumat orang awam, polis menahan suspek di sekitar kawasan perumahan itu kira-kira pukul 3.15 petang.

“Jiran mangsa ternampak seorang lelaki keluar menerusi tingkap rumah dan cuba melarikan diri sebelum ditahan polis selepas kira-kira setengah jam memecah masuk rumah teres satu tingkat itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai iaitu Balai Polis Sentral, Balai Polis Tambun dan Balai Polis Kampung Simee di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Sum berkata susulan penahanan lelaki itu, polis merampas satu komputer riba, dua telefon bimbit, dua beg tertera tulisan ‘Unit Kokurikulum’ dan ‘Aeropack’, wang tunai RM170 serta wang tunai dalam pelbagai mata wang asing.


Bagaimanapun, Sum berkata jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan.

Menurutnya saringan air kencing ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur mendapati dia positif heroin selain mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mencuri.

Katanya suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanu Keseksaan kerana pecah rumah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori