• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Pecah Rumah Di Ipoh Ditahan

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Ipoh Timur, Bercham di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata bertindak hasil maklumat orang awam, polis menahan suspek di sekitar kawasan perumahan itu kira-kira pukul 3.15 petang.

“Jiran mangsa ternampak seorang lelaki keluar menerusi tingkap rumah dan cuba melarikan diri sebelum ditahan polis selepas kira-kira setengah jam memecah masuk rumah teres satu tingkat itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai iaitu Balai Polis Sentral, Balai Polis Tambun dan Balai Polis Kampung Simee di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Sum berkata susulan penahanan lelaki itu, polis merampas satu komputer riba, dua telefon bimbit, dua beg tertera tulisan ‘Unit Kokurikulum’ dan ‘Aeropack’, wang tunai RM170 serta wang tunai dalam pelbagai mata wang asing.

Bagaimanapun, Sum berkata jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan.

Menurutnya saringan air kencing ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur mendapati dia positif heroin selain mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mencuri.

Katanya suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanu Keseksaan kerana pecah rumah. – BERNAMA

Tags: ACP Sum Chang Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Malaysia: Polis Tahan 7 Penyokong Perak

17/10/2017
0

IPOH - Polis menahan tujuh lelaki berikutan insiden kekecohan selepas tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang...

Pekerja Premis Serbaneka Cedera Diserang Penyamun

13/10/2017
0

IPOH - Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami kecederaan di kepala, tangan kiri dan luka di bahagian badan dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd